Thursday, December 11, 2008

Detik Bersama

Detik Bersama....

Terima kasih Tuhan atas segala kurniaanMu yang tidak terhingga...
Sesungguhnya apa yang telah diberikan amat aku hargai...Makin hari makin intim & erat hubungan ini..syukur kehadrat ilahi kerana kehadirannya dalam hidup ini memberi seribu makna... semoga hubungan yang terjalin bakal tersimpul rapi.....perjalanan kami masih jauh..terlalu banyak onak & duri yang masih perlu ditempuhi...semoga keikhlasan dan kejujuran ini direstui yang maha esa
Insyaallah..

Monday, October 27, 2008

Identiti....




Oklah untuk entri kali ini ingin aku kongsikan sebahagian dari hasil fotografi terbaru aku..yang x seberapa...sebenarnya..foto2 ni diambil semasa aku hangout sambil captured 1,2 foto buat koleksi sendiri.
...Untuk 1st foto tu aku capture masa aku jalan2 di pasar seni...tetarik dengan hasil karya yang dipaparkan oleh karyawan seni yang masing2 cuba meluahkan pandangan serta ekspresi dari sudut pandangan berbeza..ada yang luahkannya dalam bentuk lukisan, ada dalam bentuk seni kraf dan macam2 lagi....

So dalam masa yang sama aku pon cuba mencari kelainan melalui fotografi....dan hasilnya..haha..itulah yang aku dapat...sebenarnya..mungkin pada org lain yang lalu lalang..hasil karya tu nampak biasa..tapi pada aku..hasil karya yang dihasilkan insan seni seperti di Central Market(Pasar Seni) ni sungguh unik...jadi aku tampilkan dalam entri kali ni dalam bentuk yang sedikit berbeza....


2nd Foto pula aku captured masa aku balik ke kampung halaman di Penang,..
Mungkin ramai yang x perasan tempat ni..tapi ini sebahagian dari bahagian dalam KOMTAR

atau
Kompleks Tun Abdul Razak...
Sebenarnya..sedih juga bila aku lihat keadaan bangunan ni sekarang...x macam masa aku kecil2 dulu...

kompleks yang selalunya..sarat dengan orang ramai yang sibuk membeli belah kini makin sunyi disebabkan kemunculan kompleks2 baru...jadi x salah rasanya aku abdikan wajah sepi komtar ni dalam ruangan kali ini....semua ni seakan menyedarkan aku bahawa

"Dalam hidup ni ada masanya kita perlu berubah & mencari kelainan untuk memperbaiki identiti diri

kerana jika kita x berusaha untuk mencari identiti diri maka kita akan terus dipandang
sepi & x dihargai"

By d way...banyak lagi foto2 yang ingin aku kongsikan bersama...so nantikan entri berikutnya ok...Tq

hakkaali | unglosstheillusions

Flora...


" flora & fauna kita yang kian terhapus "

Hari semakin hari pembangunan kian pesat membangun memenuhi segenap ruang bumi kita
..lebih banyak hutan batu muncul sana dan sini merentasi era moden tanpa sepadan.. dalam kita sedar mahupun tidak...terlalu banyak pembangunan hadir dan tanpa kita sedari juga..keprihatinan kita dalam memelihara flora & fauna juga makin terhakis akibat sikap endah x endah kita...

Mungkin dengan perkongsian yang x seberapa ini mampu meninggalkan sedikit nokhtah kecil dalam hati semua insan tentang betapa pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar...apakah generasi mendatang hanya mampu melihat panorama berbatu diliputi bangunan pencakar langit...? Marilah sama2 kita renung & kongsi bersama..mungkin dengan satu sentuhan kita mampu merubah segalanya..

"Indahnya hidup kita jika keindahan masa dulu terus segar dan mekar hingga kini dan seterusnya..."

hakkaali | unglosstheillusions

Rezeki....


Embun pagi seringkali hadir tatkala pagi memecah keheningan..tatkala itulah juga..semua insan bingkas bangun demi mencari sesuap rezeki....ada yang kais pagi makan pagi, ada yang kais petang makan petang & ada juga yang belum tentu ada rezekinya..begitulah hidup kita diatas dunia ini...ada yang bernasib baik.dan ada yang memerlukan bantuan..Pada aku..sebagai Insan ciptaan Tuhan, kita seharusnya saling bantu membantu dan sentiasa bersyukur dengan rezeki pemberiaNYA...

Ternyata..rezeki kita ada dimana2..tetapi sejauh mana kita mencuba untuk mendapatkannya..dan ingatlah teman..Rezeki yang Halal itulah yang kita cari...kerna mungkin dengan Rezeki yang tidak halal...kita sebenarnya telah mengambil hak orang lain yang lebih berhak memilikinya...Rasuah bukan ajaran ugama kita...berpeganga teguh pada pendirian kita kerna Rezeki yang halal itulah yang akan menjadi darah daging kita.....
Sesungguhnya..Embun pagi itulah pembuka pintu Rezeki Kita..

hakkaali | unglosstheillusions

Sunday, October 26, 2008

Dia...




"DIA"

Sememangnya dah lama blog ni x berupdate disebabkan kesibukan di tempat kerja baru aku...
apa pon aku kembali...berkongsi serba sedikit paparan menarik yang dah lama terperap dalam pc ni... By d way..aku rasa sangat bertuah dengan kehadiran insan bernama Nabilah dalam hidup ini.. Dia banyak bantu aku dari setiap perkara..dan kalo sume nak tahu bakat fotografi aku pon sebenarnya dia yang cungkil...dan sentiasa beri sokongan untuk terus berusaha ke tahap yang terbaik,Insyaallah..


Dah hampir 3 tahun kami bersama....dengan ikatan yang belum terikat kemas....Insyaallah dengan izin Tuhan..menjelang pertengahan 2010...akan termeterailah ikatan kami berdua secara rasminya...& berkat sokongan sume amatlah kami harapkan...


Ok..sedikit info pasal gambar diatas....sebenarnya gambar ni aku amik semasa nazim

(adik nabilah) sertai pertandingan kawad kaki...dan masa tu adalah hari pertama aku hangout ngan family nabilah....Alhamdulillah..sampai ke hari ini..aku diterima dengan baik..


Oklah...alang2 dah kembali aktifkan blog ni...insyaallah akan aku paparkan hasil2 fotografi aku lagi buat tatapan sume...rasanya dah lama sangat aku menyepi..so....harap korg dapatlah komen serba sedikit hasil kerja aku nanti yer...

"Baik buruk aku terima dengan hati terbuka"

hakkaali | unglosstheillusions

Saturday, August 2, 2008

Perkahwinan Hairey & Salina



"Selamat Pengantin Baru"

Seperti yang aku janjikan pada minggu lpas...harini aku dah uploadkan serba sedikit detik2 manis pasangan Hairey & Salina.. yang dah slamat diijabkabulkan pada 25hb Julai yang lalu..Oklah..foto2 yang korg lihat ni..sbnranya adalah semasa hari persandingan ke2 mempelai..di rumah Salina.. jadi disebabkan tlalu banyak foto yang ada..tpaksalah aku selit 2 kan foto..sepanjang event tu..
Sebenarnya banyak lagi foto2 yang mnarik..maybe akan aku uploadkan pada posts yang akan datang..

Thanx to penyek yang secara x lansung membenarkan aku join photo session ni..walaupun bukan untuk mengejar upah semata..tapi sebenarnya untuk mengasah skill & belajar pelbagai teknik photografi..sesungguhnya pendedahan ni berguna buat aku..biarpun nampak simple foto2 ni..tapi aku besar maknanya buat aku..
hakkaali unglosstheillussions

Monday, July 28, 2008

Wedding Snapss!!!



3 hari yang memenatkan...tapi sangat berbaloi....
hahahaha....biasalah..cari makan..pada tanggal 25&26 Julai..lalu maka temetrailah ikatan cinta secra sah nya bagi pasangan
Haire&Salina serta Zul&Watey...
Alhamdulillah..
aku secara rasminya bersama2 penyek(1st photographer Snapshots)...telah diundang untuk merakamkan detik indah kedua pasangan mempelai....
Pada awalnya..memanglah agak pnat..dsebabkan rushing ke sana sini..tapi alhamdulillah..akhirnya..dapat juga....kami selesaikan tanggungjawab ni....foto2 perkahwinan ni akan aku&penyek uploadkan dalam website rasmi kami..yang masih under construction..
so..buat masa ni aku selitkan sedikit detik2 manis pasangan mempelai ni..
anyway buat
Haire&Salina sertaZul&Watey ...
Congratulations..Semoga jodoh kekal hingga anak cucu..Amin..

hakkaali |unglosstheillusions

Thursday, June 19, 2008

I Love.....Kids










































L.O.V.E..........Kids

Kanak2 ni penyeri idup kita..kadang dari sifat tenang , betolak ansur..setia kawan yang ada pada kanak2 ni lah yang banyak membuatkan aku terfikir tentang hidup...

masyarakat dunia makin hari makin lupa akan semangat bantu membantu...dan bertoleransi..tapi kanak2 ni lah yang mencorakkan masa depan yang sebenar..jika didik& diasuh..tentu dunia akan menjadi lebih aman & harmoni...

dalam berkongsi kegembiraan..ada yang berduka...berborak pasal kanak2..teringat aku pada arwah adik Nurin Jazlin yang diperlakukan demikian rupa oleh manusia yang durjana....

kehilangan adik sharlinie pula semakin hari makin menemui jalan buntu...dimanakah nilai murni...manusia...tenunglah wajah gembira anak2 ini..adakah mereka layak diperlakukan sedemikian..rupa...

tatapan ini aku kongsikan sebagai peringatan buat kita sume..kerana mereka adalah generasi yang bakal mewarisi kita..Love them...till ever..

hakkaali | unglosstheillusions

Kawad Kaki Kebangsaan 1
















"Hari ni...aku hangout ngan family Nabilah"

Alhamdulillah..mereka terima aku seadanya....hehehehe......
sebenarnya pagi tu ..bakal adik iparku si nazim tu...dah dapat join pertandingan Kawad kaki kebangsaan...so..alang2 amik jelah gambor dia&kawan2...kat Putrajaya..

Macam macam gelagat dapat aku lihat...ada yang gugup...ada yang segak bergaya..ada jugak yang dapat sokongan padu dari family masing2...bagus kan..sekurang-kurangnya..sokongan dari family ni dapatlah eratkan lagi tali kekeluargaan...seronok juga tengok glagat budak2..teringat masa zaman sekolah dlu...aku selalu gak join kawad kaki ni..tapi asyik kalah jer hahah...bukan rezki agaknya kot... apapon pengalaman ni sangatindah buat nazim...dan pasti dia akan igt sampai bila2 ...

Nazim ni..pg tu nampak lah segaknyer..walaupon 2 org kakak asyik panggil dia "Black"..tapi pagi tu terserlah kemachoan dier..huhuhuha..(jgn kembang lebih jim..)
sebenarnya banyak lagi..foto yang aku x masukkan...so nantikan..post KKK 2 ....

hakkaali | unglosstheillusions

Wednesday, June 18, 2008

Penjara....





























Through my illusions

"Foto 2 ni aku curi2 snap masa time tengah bertugas..hahahha."


Biasalah sambil2 mengajar budak2 untuk shooting..aku pon shooting gakFoto ni aku ambil masa shooting student Directing kat penjara pudu....dan model aku plak..Si Azman Nor..dramatis lelaki tanah air..




Masa ni mood dia ala2 sedih...sambil2 aku ajar budak2 ni setup lighting untuk shooting..aku pon setuplah lighting untuk camera Dslr Nikon D50 kepunyaan org tersayang ni...Maklumlah..hajt nak pakai D80 blum ksampaian....But soon InsyaAllah..ada .

Bro azman ni best gak argh..senang kerjasama...so snanglah aku nak setup lighting untuk mood sedih ni...tapi skali2 tgk mcm nak wat kulit Album pon ada...hahha..ayway..aku enjoy pengalaman aku spanjang dalam penjara tu....bukan senang siot nak shoot dalam tu...

anyway Credit goes to "Bullseye Production" anak2 buah yang bertungkus lumus menyiapkan assigment yang perit ni..sambil dtemani Tutor yang cewl...huhhuhuhuhuh

hakkaali | unglosstheillusions

Dimensi Baru.....



Sebagai mukadimah.....

inilah dimensi baru dari diri ni....

HakkaAli unglosstheillusions pengenalan dimensi baru buat aku melebarkan sayap dalam dunia indah photografi yang penuh dengan 1001 satu makna yang dapat diungkapkan hanya dari satu pandangan foto...


Ungloss "sesuatu yang tersirat"+ Illusions " gambaran yang kabur".......itulah keindahan dunia foto kepada aku.. Dengan pancaindera kurniaan Allah s.w.t ni...ingin ku kongsi keindahan ciptaan tuhan bersama sesiapa sahaja...melalui sudut pandang yang lain....
Apapon..ucapan jutaan terima kasih aku tujukan kepada sume sifu2 yang terlibat secara lansung mahupuon tidak...


Special Thnx To ...
SaifulNang,Unsunghero,candidsyndrome,click couture, eyesofgrace,digitalsyndicate,kidchan,Zaminomar a.k.a AGGR,

Magic clickers dll

(sori kalo aku x dapat sebutkan semua)


by the way special thnx ni ditujukan coz selama ni foto2 dari diaorng nilah yang menjadi sumber rujukan aku sebagai lubuk ilmu dalam fotografi.....walaupon aku x punya basic dalam dunia fotografi..tapi kini aku dapat panjatkan kensyukuran kerna dari insan2 inilah kini aku dapat mlihat keindahan ciptaan tuhan dari pandangan sudut yang lebih indah & berlainan....


Ikhlas...

hakkaali | unglosstheillusions

Thursday, May 1, 2008

K.O.N.V.O II








Salam semua...

Maaf ya, sudah agak lama tidak berupdate blog nie...agak tiada masa & tak berkesempatan lagi Abbythejournalist nk edit gmbr-gmbr ku...

Banyak juga gmbr-gmbr yg dh diambil...masa time jejalan dgn famili, dgn Abby n masa shooting student MIIM lah, yg plg bnyk rasanya...

Oh ya, ini ada beberapa keping gmbr konvo kami berdua...edisi terakhir post konvo kami;-)

Sabar ek, akan terpapar juga gambar-gambar lain di page ni nnti ya...C ya!

Wednesday, April 9, 2008

K.O.N.V.O

Alhamdulilah, berkat doa mak bapak...
hepi coz we've made it succesfully!!!
Gambar kami berdua in hepi mode *wink*
* nantikan gambar2 official kami..thanks abg jeff & famili kerana sudi luangkan masa..

Monday, March 31, 2008

Percubaan pertama...


my motor with mum's car

Seminggu sebelum aku memulakan pekerjaan ku semula di KL..aku memanfaatkan masa sepenuhnya dgn ambil gmbr di hometown ku sendiri, iaitu Penang......
Alih-alih bila balik, Abbythejournalist puji syot2 gmbr yg aku ambil..katanya aku punya bakat, betul ke?huhu...
Kalau aku ada bakat & peluang itu, kenapa tidak?Hehe...










Saturday, March 29, 2008

Permulaan....


Salam perkenalan kepada semua blogger...
Ini dariku..buat permulaan..

Hakka_the ultImate piXar..
nama itu jadi pilihan dan diberikan khas oleh insan tersayang... tapi cam x sesuai jer hahaha...
cuma sebagai permulaan...But anyway..hope u guys can drop ur comments...
bukan apa..untuk berkongsi idea&pendapat..
Thanx 4 ur support..

* nantikan post yang seterusnya...;-)