Monday, October 27, 2008

Identiti....




Oklah untuk entri kali ini ingin aku kongsikan sebahagian dari hasil fotografi terbaru aku..yang x seberapa...sebenarnya..foto2 ni diambil semasa aku hangout sambil captured 1,2 foto buat koleksi sendiri.
...Untuk 1st foto tu aku capture masa aku jalan2 di pasar seni...tetarik dengan hasil karya yang dipaparkan oleh karyawan seni yang masing2 cuba meluahkan pandangan serta ekspresi dari sudut pandangan berbeza..ada yang luahkannya dalam bentuk lukisan, ada dalam bentuk seni kraf dan macam2 lagi....

So dalam masa yang sama aku pon cuba mencari kelainan melalui fotografi....dan hasilnya..haha..itulah yang aku dapat...sebenarnya..mungkin pada org lain yang lalu lalang..hasil karya tu nampak biasa..tapi pada aku..hasil karya yang dihasilkan insan seni seperti di Central Market(Pasar Seni) ni sungguh unik...jadi aku tampilkan dalam entri kali ni dalam bentuk yang sedikit berbeza....


2nd Foto pula aku captured masa aku balik ke kampung halaman di Penang,..
Mungkin ramai yang x perasan tempat ni..tapi ini sebahagian dari bahagian dalam KOMTAR

atau
Kompleks Tun Abdul Razak...
Sebenarnya..sedih juga bila aku lihat keadaan bangunan ni sekarang...x macam masa aku kecil2 dulu...

kompleks yang selalunya..sarat dengan orang ramai yang sibuk membeli belah kini makin sunyi disebabkan kemunculan kompleks2 baru...jadi x salah rasanya aku abdikan wajah sepi komtar ni dalam ruangan kali ini....semua ni seakan menyedarkan aku bahawa

"Dalam hidup ni ada masanya kita perlu berubah & mencari kelainan untuk memperbaiki identiti diri

kerana jika kita x berusaha untuk mencari identiti diri maka kita akan terus dipandang
sepi & x dihargai"

By d way...banyak lagi foto2 yang ingin aku kongsikan bersama...so nantikan entri berikutnya ok...Tq

hakkaali | unglosstheillusions

Flora...


" flora & fauna kita yang kian terhapus "

Hari semakin hari pembangunan kian pesat membangun memenuhi segenap ruang bumi kita
..lebih banyak hutan batu muncul sana dan sini merentasi era moden tanpa sepadan.. dalam kita sedar mahupun tidak...terlalu banyak pembangunan hadir dan tanpa kita sedari juga..keprihatinan kita dalam memelihara flora & fauna juga makin terhakis akibat sikap endah x endah kita...

Mungkin dengan perkongsian yang x seberapa ini mampu meninggalkan sedikit nokhtah kecil dalam hati semua insan tentang betapa pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar...apakah generasi mendatang hanya mampu melihat panorama berbatu diliputi bangunan pencakar langit...? Marilah sama2 kita renung & kongsi bersama..mungkin dengan satu sentuhan kita mampu merubah segalanya..

"Indahnya hidup kita jika keindahan masa dulu terus segar dan mekar hingga kini dan seterusnya..."

hakkaali | unglosstheillusions

Rezeki....


Embun pagi seringkali hadir tatkala pagi memecah keheningan..tatkala itulah juga..semua insan bingkas bangun demi mencari sesuap rezeki....ada yang kais pagi makan pagi, ada yang kais petang makan petang & ada juga yang belum tentu ada rezekinya..begitulah hidup kita diatas dunia ini...ada yang bernasib baik.dan ada yang memerlukan bantuan..Pada aku..sebagai Insan ciptaan Tuhan, kita seharusnya saling bantu membantu dan sentiasa bersyukur dengan rezeki pemberiaNYA...

Ternyata..rezeki kita ada dimana2..tetapi sejauh mana kita mencuba untuk mendapatkannya..dan ingatlah teman..Rezeki yang Halal itulah yang kita cari...kerna mungkin dengan Rezeki yang tidak halal...kita sebenarnya telah mengambil hak orang lain yang lebih berhak memilikinya...Rasuah bukan ajaran ugama kita...berpeganga teguh pada pendirian kita kerna Rezeki yang halal itulah yang akan menjadi darah daging kita.....
Sesungguhnya..Embun pagi itulah pembuka pintu Rezeki Kita..

hakkaali | unglosstheillusions

Sunday, October 26, 2008

Dia...




"DIA"

Sememangnya dah lama blog ni x berupdate disebabkan kesibukan di tempat kerja baru aku...
apa pon aku kembali...berkongsi serba sedikit paparan menarik yang dah lama terperap dalam pc ni... By d way..aku rasa sangat bertuah dengan kehadiran insan bernama Nabilah dalam hidup ini.. Dia banyak bantu aku dari setiap perkara..dan kalo sume nak tahu bakat fotografi aku pon sebenarnya dia yang cungkil...dan sentiasa beri sokongan untuk terus berusaha ke tahap yang terbaik,Insyaallah..


Dah hampir 3 tahun kami bersama....dengan ikatan yang belum terikat kemas....Insyaallah dengan izin Tuhan..menjelang pertengahan 2010...akan termeterailah ikatan kami berdua secara rasminya...& berkat sokongan sume amatlah kami harapkan...


Ok..sedikit info pasal gambar diatas....sebenarnya gambar ni aku amik semasa nazim

(adik nabilah) sertai pertandingan kawad kaki...dan masa tu adalah hari pertama aku hangout ngan family nabilah....Alhamdulillah..sampai ke hari ini..aku diterima dengan baik..


Oklah...alang2 dah kembali aktifkan blog ni...insyaallah akan aku paparkan hasil2 fotografi aku lagi buat tatapan sume...rasanya dah lama sangat aku menyepi..so....harap korg dapatlah komen serba sedikit hasil kerja aku nanti yer...

"Baik buruk aku terima dengan hati terbuka"

hakkaali | unglosstheillusions