Monday, October 27, 2008

Identiti....




Oklah untuk entri kali ini ingin aku kongsikan sebahagian dari hasil fotografi terbaru aku..yang x seberapa...sebenarnya..foto2 ni diambil semasa aku hangout sambil captured 1,2 foto buat koleksi sendiri.
...Untuk 1st foto tu aku capture masa aku jalan2 di pasar seni...tetarik dengan hasil karya yang dipaparkan oleh karyawan seni yang masing2 cuba meluahkan pandangan serta ekspresi dari sudut pandangan berbeza..ada yang luahkannya dalam bentuk lukisan, ada dalam bentuk seni kraf dan macam2 lagi....

So dalam masa yang sama aku pon cuba mencari kelainan melalui fotografi....dan hasilnya..haha..itulah yang aku dapat...sebenarnya..mungkin pada org lain yang lalu lalang..hasil karya tu nampak biasa..tapi pada aku..hasil karya yang dihasilkan insan seni seperti di Central Market(Pasar Seni) ni sungguh unik...jadi aku tampilkan dalam entri kali ni dalam bentuk yang sedikit berbeza....


2nd Foto pula aku captured masa aku balik ke kampung halaman di Penang,..
Mungkin ramai yang x perasan tempat ni..tapi ini sebahagian dari bahagian dalam KOMTAR

atau
Kompleks Tun Abdul Razak...
Sebenarnya..sedih juga bila aku lihat keadaan bangunan ni sekarang...x macam masa aku kecil2 dulu...

kompleks yang selalunya..sarat dengan orang ramai yang sibuk membeli belah kini makin sunyi disebabkan kemunculan kompleks2 baru...jadi x salah rasanya aku abdikan wajah sepi komtar ni dalam ruangan kali ini....semua ni seakan menyedarkan aku bahawa

"Dalam hidup ni ada masanya kita perlu berubah & mencari kelainan untuk memperbaiki identiti diri

kerana jika kita x berusaha untuk mencari identiti diri maka kita akan terus dipandang
sepi & x dihargai"

By d way...banyak lagi foto2 yang ingin aku kongsikan bersama...so nantikan entri berikutnya ok...Tq

hakkaali | unglosstheillusions

1 comments:

Unsunghero said...

...ahhh, rindu dengan Komtar. dulu Komtarlah destinasi wajib kalau keluar town masa di USM. dengar khabar Komtar dah semakin terpinggir mengundang rasa hiba...